Labels

Thursday 10 November 2016

Food in Bangkok...Aroi!


Assalamualaikum...

Kita sambung cerita Bangkok.

Hari kedua  kita meetinglah dari pagi sampai petang.


Hari kedua dah terre sikit nak breakfast... butter ada tanda halal jadi bolehlah makan roti :)
 

Tengahari untuk lunch kami menyeberang lagi menyusuri Pratunam Wholesale Centre. Sempatlah jeling-jeling baju sambil berjalan hehehe.
 

Street food yang nampak mengancam tapi tak berani nak beli.
 

Kira berhempas pulas juga nak lalu lorong yang happening ini...bertabahlah demi sesuap nasi huhu.

 
tapi perjalanan yang mencabar amat berbaloi sekali...semua sedap! bersuap-suap jadinya, bukan sesuap :p. Menu yang paling win adalah sambal belacan...sampai semangkuk itu tidak kecukupan lalu diminta tambah. Lepas tu silalah tambah bayaran, semangkuk kecil rupanya 180baht...haaa berapa hinggit tu?... dekat 20 hinggit ye...hihi berpeluh.
 

Mestilah mahal sebab café ni terletak di Baiyoke Boutique Hotel ... harga hotel lah kann... sib baik company yang tanggung...Alhamdulillah.
 

Lepas kekenyangan lunch...sambung balik brainstorming... berhenti tea break ...ya Allah di hidang pulak pulut mangga ni...tak kan nak tengok aje kann..favourite ni. Nasib baik brainstorming sampai petang aje. Tapi  Pratunam Wholesale centre dah tutup petang... diganti dengan gerai-gerai instant ala-ala pasar malam.
 

Malam kedua ni kami dijemput tour agent dengan bas  keluar dari pusat kota untuk makan malam di Hilal Restaurant. Agak jauh juga restoran ni...dekat dengan airport. Jauh sebab jem lah, nak keluar dari bandar ke highway tu memang sesak. Makanan kat sini pun aroii... tapi sambal belacan kat Baiyoke hotel tetap dihati ngehhh. 


Selepas dinner, kami dibawa melawat Asiatique, tempat membeli belah ni  berkonsepkan night market dan open air mall... tolong jangan samakan dengan pasar malam ...jauh sekali hehehe. Ramai pelancung yang berkungjung di sini, jadi barang jualan pun banyak berbentuk cenderahati. Very nice ambience tempat ni.
 

Mostly produk yang dijual adalah produk-produk tempatan Bangkok yang terkenal dengan kesenian  tangan yang halus dan comel. Rambang mata, rasa nak beli semua :)


Hari ke 3 kita sambung meeting and presentation. Sementara tunggu meeting start...tak de kerja lain...main hp ...petik butang camera.;p
 
Tempek gambar gedik ni pasal nak tunjuk  baju beli semasa jalan balik dari lunch semalam dari Pratunam Wholesale Centre tu...bila dah kenyang baru boleh focus untuk rembat sambil berlari kejar nak balik meeting on time :D... of course pakai baju tak basuh  ngeee... nak buat camne, tak tahan nak bergaya dengan baju yang harganya lagi murah dari sambal belacan Baiyoke ... hehehe.  Memang murah baju-baju kat sini, cuma fesyennya taklah muslimah sangat...kena pakai inner dan size pun limited.


Selesai meeting, kita pulun shopping lagi.. nak beli souvenir untuk kawan-kawan dan family...maklumlah esok dah nak balik. So tak nak buang masa, dinner pun kita makan yang ringkas-ringkas aja beli dari food truck depan hotel. Shopping pun di sekitar hotel saje... dari Mall disebelah hotel, Platinum Fashion Mall sampailah ke Palladium Mall, itu pun tak habis nak jelajah.. mengejar waktu... lagi jauh menapak... lagi murah barang ditawar.


Kebab halal dari food truck depan Novotel ni sedap! Seketul berharga lebih kurang RM10, taklah murah, tapi berbaloi.
 

Haaa ...sampai ke tengah malam pakai baju tak basuh... busuk ke saya ni bang?...hehehe. Kalau nak saya blah..buatlah cepat-cepat dan bagi diskaun lebih sikit ye :D


Customized souvenir... so tak payah nak berebut kali ni... redha je lah...hehehe.
 

Hari keempat tak ada meeting ...yeayyy!!... iyolah sebab flight balik hari ni kan...hahaha. Tapi flight malam, so bolehlah ronda-ronda lagi. Eh ronda-ronda naik bas lah, bukan tuk-tuk.... tak dapat sampai kesudah nak merasa naik tuk-tuk huhuhu.
 

First destination kami pagi tu adalah naik cruise kat sungai terpanjang di dunia. Sungai Chao Phraya ini berukuran 372KM ... dianggap sungai suci oleh penduduk tempatan. Sepanjang cruising,  air suci yang kaler macam teh tarik tu terpercik-percik ke muka ..tahankan ajer... nasib tak de bau hihuhihu. 
 

Ada perahu yang jual jajan menahan kami... tak wajib beli jajan kata Mr pemandu ... tapi wajib beli roti untuk bagi makan kat ikan-ikan dalam sungai ni.
 

Banyak dan besar-besar ikan di sini sebab  asyik dapat makan roti fresh, ikan di sungai ini tidak boleh ditangkap, kalau tangkap, nanti kena daulat sungai suci ni katanya. Bukanlah percaya, tapi pegi tempat orang kenalah hormat kepercayaan dan kebudayaan mereka.
 
 
Saya ingatkan majority penduduk Thai berugama Budha... sebab kita selalu tengok banyak bangunan dan sami budha kat TV kan... tapi rupanya majority penduduk Thai berugama hindu... macam tak percaya kan?


Destinasi seterusnya adalah Gem Gallery Bangkok. Selain Burma, Thai juga terkenal dengan batu permata. Batu permata yang paling top di sini adalah Ruby. Cantik-cantiklah jewellery kat sini...nasib baiklah Thai baht dah tinggal sikit dalam purse... tapi tak berapa nasib baik bila tahu boleh bayar dengan semua jenis mata wang dan boleh juga tenyeh kad plastik untuk beli....helppp!!


Maka mestilah tertenyeh kad plastik itu.... untuk sedapkan hati, kita beli sempena anniversary :D ...untuk si dia yang dah belanja makan daging mahal dan mawar merah 20 kuntum. Tapi minta maaflah sengaja tertenyeh kad supplementary pulak ehe ehehe...alamakk...
 

The best ever lunch kat Thai  kerana di bawa ke hotel muslim... so makan berkonsepkan buffet.  


Best sebab tak payah pilih nak makan apa... asal berkenan ambil aja sebab semua halal... makanannya pun sedap-sedap belaka. Masakan Thai yang sebenar... merasa makan tom yam goreng dan macam-macam masakan asli Thai.
 

Hotel Nouvo City juga menyediakan surau untuk solat.. sangat convenient untuk muslim travelers, cuma agak jauh dari pusat bandar.
 

Lepas lunch terus kami dihantar ke airport, sape yang berani gamble pergi last minute  bila tahu tahap jem kronik Bangkok kan? Walaupun menunggu lama di airport, sempat solat jamak magrib isya sebelum berlepas...lebih baik lama menunggu  dari terlepas flight, tak sanggup ai nak sambut raya haji di Bangkok.. no no no!.
 
 
Sampai rumah unpack dan repack pulak untuk balik kampung ... tak tahulah dapat kekuatan dari mana...hilang letih bila dapat bersama orang yang dikasihi.
 
 
Tok Ma masak pun sedap macam makan kat hotel, malah lebih lagi sebab dimasak dengan kasih sayang. Itulah gambar daging goreng yang saya cakap sedap tu... lagi sedap dari steak....daging korban goreng dimakan dengan nasi panas dan sambal belacan....ulalala menjilat jari hehehe.
 
 
Belum puas bercuti dengan orang tua, dapat pula berita sedih di raya ketiga, tidak disangka-sangka wife abang Mr H dipanggil Ilahi. Bergegaslah kita balik ke KL dengan gundah gelana dan dukacita. Moyok jer muka masing-masing sepanjang perjalanan pulang. Apakan daya, bila sampai waktunya, yang hidup tetap akan pergi jua.... semoga arwah tenang bersama orang-orang yang beriman. :(  
 

4 comments:

  1. Best baca crite puan...😊😊😊

    ReplyDelete
  2. Nasi goreng tu tak lokek dgn udang.. meriah :)
    kalau sVs buat, senduk nasi 5 kali, baru jumpa hidupan laut sebesar syiling 5sen, dasar kedekut.

    ReplyDelete
  3. Salam rindu ... tahun 2019 baru jawab 2016 .. itu pun mimpi apa hari ni buka blog ��

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...